Iklan


PEMBELA LWN PEMBELOT!

|

Satu lagi artikel yg baik berkaitan isu jirat di Pondok Kempas telah saya petik dari Berita Harian (sila rujuk di bawah tajuk TIDAK WAJAR BINA JIRAT DEKAT PENEMPATAN). Hanya manusia yang menggunakan akal sahaja boleh berfikir tentang ketidakwajaran pembinaan jirat di tengah kawasan penempatan. Memang tidak masuk akal namun mengapa masih ada pihak yang buta hatinya dalam hal ini dengan menyokong pembinaan jirat di tengah kawasan kampung ini? Malah setelah dikejutkan dan digemparkan pun mereka masih tidur dan tidak sedar lagi!

Bagaimana mereka menilai apa yang patut dan apa yang tidak patut sehingga kini masih tidak dapat dan tidak akan kita fahami melainkan salah satu faktor yang menjadikan golongan ini buta hati iaitu kepentingan diri dan peribadi yang melampau. Lebih dikesali adalah sebahagian daripada golongan ini adalah dari kalangan pemimpin kampung yang lebih sesuai digelar sebagai “Pembelot”. Jumlah mereka hanyalah sedikit jika hendak dibandingkan dengan majoriti penduduk kampung ini yang membantah pembinaan jirat ini namun golongan minoriti ini adalah yang mempunyai kuasa. Mereka hanya mementingkan diri sehingga sanggup menganiayai penduduk dan menggadai kampung mereka sendiri. Inilah yang dikatakan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Tidak terbit sekelumit pun perasaan simpati di hati mereka terhadap penduduk kampung ini. Malah dengan perasaan angkuh serta tanpa perasaan malu dan bersalah mereka memperlekehkan usaha dan semangat juang penduduk kampung. Amat terguris sekali hati dan perasaan penduduk kampung dengan perbuatan mereka ini.


Kepada para pembelot yang buta hati ini, lihatlah wajah-wajah penduduk kampung ini yang saban hari menagih simpati supaya pembinaan jirat ini dihentikan. Saban hari juga penduduk kampung tidak jemu-jemu berusaha keras dan berjuang untuk menyelamatkan keharmonian kampung ini. Gara-gara kalianlah keharmonian dan ketenteraman kampung ini yang selama ini terpelihara kini tergugat dan terjejas dek kerana sebuah jirat. Ingatlah, perbuatan kalian akan mendapat balasan, jika tidak di dunia pun nantikanlah di akhirat nanti!

Kini penduduk kampung memikirkan apakah kesudahan perjuangan ini. Doa sentiasa dipanjatkan kepada Allah s.w.t. supaya perjuangan ini beroleh kemenangan.


0 comments:

Catat Ulasan