Iklan


Memaparkan catatan dengan label Luahan Rasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan Rasa. Papar semua catatan

RENUNGAN DARI PROF. BONGEK

|

Oleh : Abdullah Hassan dan Siti Ramuna Mat Isa.

Assalamu’alaikum.

Suatu masa dulu, boleh di katakan setiap hujung minggu kami berdua akan membawa anak bongsu kami untuk rawatan di DARUSSYIFA’, Bangi. Ketika dalam perjalanan, kami sering mendengar siaran radio Negeri Sembilan FM. Salah satu celoteh DJ radio berkenaan yang masih tersemat di hati kami ialah bila beliau melontarkan satu idea yang amat lucu tetapi sinis. Idea tersebut dikatakan adalah hasil nukilan Prof. Bongek.

Prof. Bongek berkato :

1. Maso den susah – susah dulu, tiap-tiap hari den pikir, hari ni apo den nak makan?

2. Maso den sonang sikit, tiap-tiap hari den pikir, hari ni ket mano den nak makan?

3. Maso den dah bertambah sonang, tiap-tiap hari den pikir, hari ni dengan sapo den nak makan?

4. Tapi bilo den dah sonang – lenang, tiap-tiap hari den pikir, hari ni sapo den nak makan?

Cuba kita renungkan bersama, kita ini tergolong dalam kategori mana agaknya?.

Kalau kita tergolong dalam kategori satu dan dua, alhamdulillah. Kalau dalam ketegori ketiga, kenalah berawas. Tapi kalau dalam kategori keempat, nak makan sapo tu, janganlah sampai sanggup,’ Melayu makan Melayu!’

Apakah itu Wakil Rakyat?

|


Bismillah,
Allahumma solli 'ala Muhammad.


Wakil Rakyat didefinisikan seorang individu yang dipilih dalam pilihan raya untuk menjadi wakil penduduk di kawasan pilihan rayanya. Mereka mempunyai tanggungjawab yang penting iaitu untuk menyuarakan masalah masyarakat di kawasan yang mereka wakili dan berperanan dalam penggubalan undang-undang.

Wakil Rakyat mungkin adalah seorang Ahli Parlimen(MP) atau Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN). Wakil Rakyat mewakili suara rakyat dan beliau mempunyai satu kerusi di Dewan Undangan Negeri atau di Dewan Rakyat(di Parlimen).

Tetapi perkara sebaliknya berlaku di Kg. Pondok Kempas, kami penduduk di sini benar-benar berasa kesal dengan Wakil Rakyat kami, kerana beliau tidak mampu menjadi suara rakyat tetapi kelihatannya seolah-olahnya Wakil Rakyat sudah bertukar menjadi WAKIL PEMAJU!. Apabila ditanya kepada Wakil Rakyat tentang projek Memorial Perkuburan dan Rumah Pembakaran Mayat, beliau hanya berkata tanah tapak projek tersebut adalah tanah persendirian milik PEMAJU, jadi kita tidak boleh berbuat sesuatu. Wajarkah seorang Wakil Rakyat berkata begitu?.

Kami penduduk Kg. Pondok Kempas benar-benar berasa kecewa dan terkilan, kerana pada pilihan raya lepas kami telah memberi mandat kepada Wakil Rakyat terbabit sebagai wakil kami di daerah Jasin ini, untuk menjadi pembela kami di kala kami menghadapi masalah dan segala macam penderitaan, malangnya apa yang kami dapat?, hanya sebuah Memorial Perkuburan dan Rumah Pembakaran Mayat!. Namun begitu penduduk Bemban amat bertuah, kerana mendapat Jasin Bestari, tetapi kami mendapat musibah!. Inilah musibah yang di bawa masuk ke kampung kami oleh pemimpin-pemimpin kami!.

Surat Bantahan, Memorandum telah pun kami hantar, sidang media juga sudah dua kali kami adakan, namun setelah hampir dua bulan tiada tindakan diambil oleh Wakil Rakyat kami, Wakil Rakyat juga tidak pernah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan penduduk kampung ini.

Bahkan bukan sekadar itu sahaja keperitan yang terpaksa kami hadapi, kerana ada pula pihak pemimpin Melayu di kampung ini yang menekan kami supaya jangan membantah projek Memorial tersebut. Sebab itulah penduduk merasa hairan terhadap pemimpin tersebut, mengapa mereka sayang sangat dengan Memorial Pekuburan tersebut?, sedangkan majoriti kaum Cina di seluruh Malaysia sendiri tidak sudi jika perkara tersebut berlaku di sekitar kawasan kediaman mereka!.

Kekecewaan kami mungkin tidak dapat dibendung lagi, kerana mereka telah mengkhianati amanah yang telah kami berikan.

Inilah dunia, kekadang perkara-perkara yang tidak masuk akal boleh berlaku.

Sesungguhnya hanya ALLAH jua tempat kami memohon pertolongan dan bantuan.

Surah An - Nahl :

53. Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan.


Sekian,
Wallahu'alam.

Si Cilik Pintar Menilai?

|


Tajuk : Yang Ku Heran Di Rumah Nenek!.

1. Ada pemimpin yang bagi orang Cina buat kubur.

2. Ada orang Muslim/Islam menyokong kubur Cina.

3. Ada rumah kecil/kecik di sebelah rumah Nenek.


Nukilan oleh : Adik Muna, 8 tahun.

PEMBELA LWN PEMBELOT!

|

Satu lagi artikel yg baik berkaitan isu jirat di Pondok Kempas telah saya petik dari Berita Harian (sila rujuk di bawah tajuk TIDAK WAJAR BINA JIRAT DEKAT PENEMPATAN). Hanya manusia yang menggunakan akal sahaja boleh berfikir tentang ketidakwajaran pembinaan jirat di tengah kawasan penempatan. Memang tidak masuk akal namun mengapa masih ada pihak yang buta hatinya dalam hal ini dengan menyokong pembinaan jirat di tengah kawasan kampung ini? Malah setelah dikejutkan dan digemparkan pun mereka masih tidur dan tidak sedar lagi!

Bagaimana mereka menilai apa yang patut dan apa yang tidak patut sehingga kini masih tidak dapat dan tidak akan kita fahami melainkan salah satu faktor yang menjadikan golongan ini buta hati iaitu kepentingan diri dan peribadi yang melampau. Lebih dikesali adalah sebahagian daripada golongan ini adalah dari kalangan pemimpin kampung yang lebih sesuai digelar sebagai “Pembelot”. Jumlah mereka hanyalah sedikit jika hendak dibandingkan dengan majoriti penduduk kampung ini yang membantah pembinaan jirat ini namun golongan minoriti ini adalah yang mempunyai kuasa. Mereka hanya mementingkan diri sehingga sanggup menganiayai penduduk dan menggadai kampung mereka sendiri. Inilah yang dikatakan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Tidak terbit sekelumit pun perasaan simpati di hati mereka terhadap penduduk kampung ini. Malah dengan perasaan angkuh serta tanpa perasaan malu dan bersalah mereka memperlekehkan usaha dan semangat juang penduduk kampung. Amat terguris sekali hati dan perasaan penduduk kampung dengan perbuatan mereka ini.


Kepada para pembelot yang buta hati ini, lihatlah wajah-wajah penduduk kampung ini yang saban hari menagih simpati supaya pembinaan jirat ini dihentikan. Saban hari juga penduduk kampung tidak jemu-jemu berusaha keras dan berjuang untuk menyelamatkan keharmonian kampung ini. Gara-gara kalianlah keharmonian dan ketenteraman kampung ini yang selama ini terpelihara kini tergugat dan terjejas dek kerana sebuah jirat. Ingatlah, perbuatan kalian akan mendapat balasan, jika tidak di dunia pun nantikanlah di akhirat nanti!

Kini penduduk kampung memikirkan apakah kesudahan perjuangan ini. Doa sentiasa dipanjatkan kepada Allah s.w.t. supaya perjuangan ini beroleh kemenangan.