Iklan


KETUA MENTERI TURUN PADANG?

|

Jasin, Melaka - 05/06/09 : Pada jam 2.30 petang tadi, kelihatan pihak JKKK dan beberapa orang wakil Ketua Menteri di sekitar tapak projek, di waktu itu Y.A.B. Ketua Menteri berada di Bemban. Dikhabarkan beliau ingin turun padang bertemu penduduk kampung, tetapi sehingga jam 3.00 petang pihak Jawatankuasa Bertindak (JKB) turut sama menunggu, kelibat Ketua Menteri tidak kelihatan. Ada seorang saksi mengatakan, kelihatan sebuah Proton Perdana yang kelihatan seperti sebuah kenderaan Ketua Menteri berlalu pergi begitu sahaja tanpa berhenti. Berkemungkinan pertemuan dibatalkan, kami tidak tahu mengapa.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Biasalah, orang besar selalunya hanya meronda, jarang sekali menziarahi. Tengok pun dari jauh je.

Mungkin nak kena berkompang dan berbunga-bunga rampai dulu, baru lah boleh difikirkan samada nak singgah atau tidak.

Catat Ulasan