Iklan


JKB BERDAMAI!

|

Pondok Kempas-24/06/09: Malam semalam Jawatankuasa Bertindak (JKB) mengadakan mesyuarat tergempar!. JKBPK menghadapi masalah dalaman setelah hampir seminggu, ia adalah kerana Tn. Hj. Abdullah Hassan, Naib Pengerusi JKB berasa amat kecewa dan berhasrat menarik diri daripada JKB. Ianya timbul sejurus sebuah khabar angin yang tersebar luas mengatakan En. Mohamad Keling, Pengerusi JKB ingin menyertai Umno secara beramai-ramai, kerana khuatir tidak berpeluang menjadi ahli Umno di masa akan datang.

Khabar angin itu menyebut lagi bahawa Mohamad Keling berhasrat bertanding sebagai Ketua Umno Cawangan di sini pada pemilihan Umno 2 tahun akan datang, ianya bagi membolehkan penyingkiran terhadap Ketua Umno Cawangan berlaku.

Namun setelah mesyuarat diadakan, masalah tersebut berjaya diatasi dan didapati ia hanyalah sebuah provokasi. Setelah itu reda segala ketegangan yang berlaku hampir seminggu, dan akhirnya JKB berdamai.

JKB bertekad memantapkan matlamat untuk menghentikan projek Jirat Cina & Rumah Pembakaran Mayat ditengah-tengah Kg. Pondok Kempas ini, dan demi membela hak penduduk secara keseluruhannya.

Tn. Hj. Abdullah Hassan memberi usul, supaya JKB dan penduduk melakukan tekanan politik terhadap pihak-pihak yang meluluskan projek terbabit. Usul tersebut telah pun dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli-ahli JKB.

Antara tekanan-tekanan tersebut masih dirahsiakan, kita nantikan pada sidang media yang akan diadakan di hari Ahad ini.

Perkara tersebut adalah sebagai langkah pertama, selepas ini berkemungkinan isu Jirat Cina ini akan dibawa ke Parlimen.


0 comments:

Catat Ulasan