Iklan


Pro & Kontra - Penyokong Dan Pembantah

|

Oleh : Khairul Adli Abdullah.

Bismillah,
Allahumma solli'ala Muhammad.

Pembinaan Memorial Ikut Keperluan?:

Pondok Kempas(18/07/09)- Pada hari Sabtu lepas, UMNO cawangan Jasin mengadakan kenduri, marhaban, berzanji di rumah Pengerusi JKKK, Borhan Hassan. Ia berkemungkinan adalah untuk mengambil hati penduduk Kg. Pondok Kempas, tetapi bukan untuk membantu menghentikan pembinaan memorial perkuburan di Kg. Pondok Kempas. Turut hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan & Koperasi, Datuk Md. Yunos Husin, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) kawasan Bemban, Chua Kheng Hwa.

Persoalannya, benarkah pembinaan memorial tersebut mengikut keperluan?. Tetapi keperluan untuk siapa?.



Serah Memorandum Kepada Ketua Pembangkang Malaysia :

Pondok Kempas(19/07/09)- Pada Ahad lepas, pihak Jawatankuasa Bertindak(JKB) Membantah Pembinaan Rumah Mayat & Jirat Cina telah menyerahkan Memorandum Bantahan kepada Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Memorandum tersebut diserahkan secara terus oleh Naib Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Abdullah b. Hassan. Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Encik Mohamad b. Keling, AJK Jawatankuasa Bertindak. Penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia, sdr. Shamsul Iskandar Md. Akin. Anwar Ibrahim berkata, saya akan membantu menyelesaikan isu kubur Cina terbabit. Kami mendesak supaya kerajaan negeri Melaka mengkaji semula pembinaan memorial tersebut seperti yang termaktub dalam memorandum bantahan yang telah kami serahkan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam. Kami penduduk Kg. Pondok Kempas amat berharap isu ini akan dibawa ke Parlimen oleh Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya ia akan menjadi isu nasional.



Kesimpulannya : Jika melakukan kejahatan sudah tentu mendapat tohmahan dan cacian, manakala berbuat kebaikan juga adakalanya mendapat tohmahan dan cacian, tetapi yang membezakan antara dua perbuatan tersebut adalah siapakah yang dipandang mulia di sisi Allah S.W.T. Wallahu'alam.

3 comments:

KLang berkata...

Dlm artikel yg pertama di atas, YB Ahmad berkata kerajaan ingin membuat pembangunan untuk orang-orang kampung. Saya x tau lah samada nak menangis atau nak gelak terguling-guling. Bagaimana projek kubur cina komersial boleh menolong membangunkan penduduk2 di Pondok Kempas dan di kampung2 sekitarnya?????

Ramai sangat ke orang2 selain dari orang melayu yg ada di kg2 yg berdekatan. Mungkin YB boleh memikirkan reason yg lbh kreatif dan logik mengapa perlunya projek trsebut, w/pun sy percaya mcmana pun YB cuba mncari justifikasinya, jauh disudut hati YB tetap tau yg tidak ada justifikasinya utk projek sebegitu luas diluluskan di pondok Kempas.

Tanah persendirian bukan reason utk pemilik membina sesuka hati. Kalau itu lah asasnya, semua org yg mempunyai tanah boleh membina apa saja yg mereka suka. Dan kalau hormati-menghormati sesama penduduk berbilang bangsa yg YB Ahmad uar-uarkan, jelas sekali tindakan meluluskan projek kubur ini telah membelakangkan perasaan penduduk-penduduk setempat. Jadi x perlulah YB Ahmad berckp mengenai hormat-menghormati sesama penduduk berbilang bangsa.

Mungkin hormat-menghormati yg YB maksudkan itu, adalah hormat-menghormati kaum2 yg lain saja, selain dari kaum melayu! Atau hormat-menghormati pemilik projek memorial tersebut!


Alangkah bertuahnya penduduk2 kg jika kerajaan negeri mepunyai hati yg ikhlas dan tulus. Apabila memberi sesuatu kpd penduduk2 mereka memberi apa yg diperlukan penduduk2. Bukan sekadar memberi tanpa berfikir dan 'asal boleh', cnthnya memberi 'pembangunan' dalam bentuk satu projek kubur komersial!

Pd saya, ini adalah sesuatu yg sangat malang!!!


-sekadar meluahkan rasa kecewa dan sakit hati.

samkatana berkata...

Salam,
saya sokong dengan K.Lang,
apa perlunya dibuat projek jirat di kawasan penduduk kampung Pondok Kempas??? dah tak cukup tanah lagi ke di Melaka ni??? kalau kata kami membantah pembangunan kaum lain, saya pasti YB yg pandai bercakap nih tahu sebelum ini tanah lot itu pun dimiliki oleh cheti, dan diusahakan projek tanaman getah... jadi, adakah kami membantah dia nak tanam getah??? TIDAK PERNAH... kalau nak buat projek yg mendatangkan kebaikan kepada semua individu dan kaum kami tak pernah halang...

yang lebih pelik ialah semua YB YB yang bercakap menggunakan skrip yang sama... YB YB dah diberikan skrip dulu kah sebelum berkata-kata???

menjadi persoalannya ialah siapa yang menulis/mengarang skrip ini???? atau saya/semua tahu mungkin siapa penulis skrip ini...

dah jadi macam sandiwara purbakala pula, pergi perasmian berzanji, cerita pasal jirat cina...suruh dan ajak orang kampung jangan bantah projek jirat cina itu.... atau adakah itu memang MAJLIS PERASMIAN JIRAT ETERNAL MEMORIAL???

fikir-fikirkanlah
dan selamat ber'amal...
samkatana

Unknown berkata...

Salam...

Ini bukan komen lg, ni dah blh jadi sebuah artikel.. hehe...
Mengapa anda berdua tidak menerbitkan sahaja sebuah artikel? Bukankah itu lebih baik?..
^_^

Catat Ulasan