Iklan


Apakah itu Wakil Rakyat?

|


Bismillah,
Allahumma solli 'ala Muhammad.


Wakil Rakyat didefinisikan seorang individu yang dipilih dalam pilihan raya untuk menjadi wakil penduduk di kawasan pilihan rayanya. Mereka mempunyai tanggungjawab yang penting iaitu untuk menyuarakan masalah masyarakat di kawasan yang mereka wakili dan berperanan dalam penggubalan undang-undang.

Wakil Rakyat mungkin adalah seorang Ahli Parlimen(MP) atau Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN). Wakil Rakyat mewakili suara rakyat dan beliau mempunyai satu kerusi di Dewan Undangan Negeri atau di Dewan Rakyat(di Parlimen).

Tetapi perkara sebaliknya berlaku di Kg. Pondok Kempas, kami penduduk di sini benar-benar berasa kesal dengan Wakil Rakyat kami, kerana beliau tidak mampu menjadi suara rakyat tetapi kelihatannya seolah-olahnya Wakil Rakyat sudah bertukar menjadi WAKIL PEMAJU!. Apabila ditanya kepada Wakil Rakyat tentang projek Memorial Perkuburan dan Rumah Pembakaran Mayat, beliau hanya berkata tanah tapak projek tersebut adalah tanah persendirian milik PEMAJU, jadi kita tidak boleh berbuat sesuatu. Wajarkah seorang Wakil Rakyat berkata begitu?.

Kami penduduk Kg. Pondok Kempas benar-benar berasa kecewa dan terkilan, kerana pada pilihan raya lepas kami telah memberi mandat kepada Wakil Rakyat terbabit sebagai wakil kami di daerah Jasin ini, untuk menjadi pembela kami di kala kami menghadapi masalah dan segala macam penderitaan, malangnya apa yang kami dapat?, hanya sebuah Memorial Perkuburan dan Rumah Pembakaran Mayat!. Namun begitu penduduk Bemban amat bertuah, kerana mendapat Jasin Bestari, tetapi kami mendapat musibah!. Inilah musibah yang di bawa masuk ke kampung kami oleh pemimpin-pemimpin kami!.

Surat Bantahan, Memorandum telah pun kami hantar, sidang media juga sudah dua kali kami adakan, namun setelah hampir dua bulan tiada tindakan diambil oleh Wakil Rakyat kami, Wakil Rakyat juga tidak pernah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan penduduk kampung ini.

Bahkan bukan sekadar itu sahaja keperitan yang terpaksa kami hadapi, kerana ada pula pihak pemimpin Melayu di kampung ini yang menekan kami supaya jangan membantah projek Memorial tersebut. Sebab itulah penduduk merasa hairan terhadap pemimpin tersebut, mengapa mereka sayang sangat dengan Memorial Pekuburan tersebut?, sedangkan majoriti kaum Cina di seluruh Malaysia sendiri tidak sudi jika perkara tersebut berlaku di sekitar kawasan kediaman mereka!.

Kekecewaan kami mungkin tidak dapat dibendung lagi, kerana mereka telah mengkhianati amanah yang telah kami berikan.

Inilah dunia, kekadang perkara-perkara yang tidak masuk akal boleh berlaku.

Sesungguhnya hanya ALLAH jua tempat kami memohon pertolongan dan bantuan.

Surah An - Nahl :

53. Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan.


Sekian,
Wallahu'alam.

0 comments:

Catat Ulasan