Merujuk pada kenyataan akhbar Sinar Harian pada hari Selasa 19 Mei 2009, oleh ADUN kawasan Bemban, YB Chua Kheng Hwa, beliau berkata telah dimaklumkan bahawa banyak kali perbincangan telah dilakukan bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK), Kg. Pondok Kempas beberapa tahun sebelum ini dan pihak JKKK juga telah dimaklumkan dan bersetuju dengan Memorial itu.
1. Tetapi kami penduduk kampung keliru dengan kenyataan YB itu, siapakah yang memaklumkan kepada YB Chua tentang perbincangan tersebut dengan pihak JKKK?. Dan pihak manakah yang berbincang dengan JKKK, sehingga membuatkan JKKK setuju?. Tetapi yang jelasnya perbincangan tersebut bukan dengan penduduk kampung Pondok Kempas.
2. Sejak dari awal lagi penduduk kampung membantah dan tidak bersetuju dengan projek pembinaan Memorial tersebut, yang jelas tidak masuk akal. Semua alasan munasabah telah kami nyatakan dalam memorandum yang kami serahkan kepada Ketua Meteri Melaka, TYT dan Tuan Mufti Melaka. Adakah memorandum kami dibaca dan di kaji seperti yang dijanjikan?. Setiap kali kami nyatakan bantahan kami ini, jawapan yang kami dapat dari pihak yang bewajib, bahawa pembinaan Memorial tersebut adalah di atas tanah hak milik persendirian pihak Pemaju, juga adalah untuk keperluan kaum Cina!. Kami tidak nafikan kaum cina memerlukan sebuah Memorial. Seperti yang sudah kami nyatakan di dalam memorandum. Tapi apakah kewajarannya dibina di kampung kami?.
3. Dalam jangka masa panjang, pencemaran pasti berlaku , seperti yang terjadi di Petaling Jaya. Penduduk setempat mengeluh dengan wujudnya rumah pembakaran mayat yang benar-benar berhampiran dengan kawasan kediaman mereka, mereka berkata bahawa bau sampah lebih sedap dari bau asap pembakaran mayat.
4. Sebagai masyarakat kampung tradisi, kami penduduk kampung tidak perlu dihasut oleh parti pembangkang untuk membantah pembinaan Memorial tersebut. Kami tidak nafikan bahawa dikalangan penduduk kampung ini ada diantaranya yang terdiri daripada ahli parti pembangkang.Tetapi walau pun kami berlainanan ideologi, kami bersatu untuk membantah pembinaan tersebut, kerana kami mahu mengekalkan keharmonian kampung kami sebagai kampung tradisi Melayu yang diwarisi oleh nenek moyang kami.
5. Ini bukan isu perkauman, tetapi ini adalah isu sejagat. Contohnya seperti di Batu Pahat dan di Taman Saujana Puchong, penduduk yang membantah majoritinya adalah kaum Cina.
6. Seperti bekas Ketua Wanita Umno Caw. Pondok Kempas, Puan Kalsom Rejab ada menyatakan dalam sidang media pada 5 Julai ‘09, “kami adalah pengundi setia BN pada setiap Pilihanraya. Ini terbukti apabila peti undi Pondok Kempas tidak pernah kalah dan menang bergaya pada setiap kali pilihanraya”. Adakah ini balasan yang kami dapat?. Projek keperluan yang telah di berikan kepada kami sebelum ini dan yang telah lepas, kami tak nafikan. Tetapi Itu memang adalah tanggung jawab pihak pemerintah. Tak kiralah sama ada kerajaan BN atau kerajaan pembangkang. Projek yang baik tak pernah kami bantah.
0 comments:
Catat Ulasan