Oleh : Khairul Adli Abdullah.
Pondok Kempas(16/10/09) - Pada hari Sabtu lepas, Tuan Yang DiPertua Tun Khalil Yaakob telah meluangkan masa sepintas lalu untuk melawat kawasan tapak projek pembinaan Eternal Memorial Park setelah beliau selesai menghadiri jamuan rumah terbuka perayaan Deepavali yang diadakan di Bukit Sedanan.

Walau pun lawatan tersebut hanya sepintas lalu, dan perbincangan dengan penduduk kampung tidak diadakan, kami penduduk Kg. Pondok Kempas tetap berasa terima kasih kepada Tun Khalil Yaakob kerana sudi meluangkan masa untuk meninjau kawasan projek yang kami bantah itu.
Kami berharap ia akan membuahkan hasil yang positif, dan tindakan segera akan diambil bagi menghentikan pembinaan memorial tersebut.
Namun jika sebaliknya, kepada siapalah lagi dapat kami mengharapan bantuan dan pembelaan demi memperjuangkan hak kami?.
"Sesungguhnya hanya kepada Allah tempat kami bergantung dan berharap semata".
Sekian.